Thursday, 28 September 2017

PROSES MENDAPATKAN LESEN MEMANDU


Langkah-Langkah Untuk Mendapatkan
Lesen Memandu
1) PASTIKAN JENIS LESEN YANG MAHU DIAMBIL
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda
sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum.
Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.
2) MENDAFTAR DENGAN SEKOLAH MEMANDU
Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai
harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang
ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan
ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah
memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan
Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut.
Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM1250
– RM1300 manakala RM1800 bagi kereta automatik. 
Bagi lesen motosikal kelas B2 harga RM400 manakala RM 1000 bagi kelas B (full). 
Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut
dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan bayaran
deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.
3) SENARAI KELAS YANG WAJIB DIIKUTI
Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) KURSUS KPP 6 JAM (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus bagi melayakkan anda mendapa lesen L
UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk
menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda mendapat lesen L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM27
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun. 
Pengeluaran lesen L anda akan diproses, biasanya mengambil masa dari 3 hari hingga 
seminggu. 
mengikuti kelas seterusnya.
Di bawah ini saya sertakan APPS sebagai contoh ujian undang-undang berkomputer
yang perlu anda duduki. 
Sila kliks link di bawah:
https://m.apkpure.com/ujian-kpp-lesen-l/com.san.kpp

4) MENGHADIRI LATIHAN K.P.P. 02(5jam 30minit)&K. P. P 03(10 jam) 
Pilih tarikh dan masa sesuai untuk anda menghadiri kelas ini. 
Buat tempahan masa dengan pengajar anda. 
Pastikan anda hadir pada tarikh masa yang di tempah bagi mengelakkan anda dikenakan 
denda. 
Sila maklumkan kepada pengajar/kerani sekiranya anda ingin menukar masa yang
ditempah seawal 48jam dari tarikh tempahan bagi mengelakkan anda di kenakan denda. 
Pastikan anda sentiasa membawa lesen belajar memandu yang sah & mykad. 
Dalam kelas ini anda akan diajar asas pemanduan,RPK(Rutin Pemeriksaan 
Kenderaan) & RSM(Rutin Sebelum Memandu)  serta format format ujian bahagian 2(LITAR).
Di bawah ini saya sertakan video rujukan untuk melakukan Rutin Pemeriksaan 
Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM). Seterusnya bahagian jalan raya(kpp03). 
Pakai pakaian yang sesuai & sopan ketika menghadiri latihan memandu. 
Sila kliks link di bawah :
https://youtu.be/JblvBBthgt8


CARA-CARA MEMANDU UNTUK LULUS UJIAN JPJ
MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL
--> Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat
dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga
terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan
kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah
ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km,
tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya
tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

--> Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear
dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta
anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan
dengan perlahan.
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga
meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. 
Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.
- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan
pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear
dulu dan tarik hand brek.

MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1.
2. Gerak perlahan2.
3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch &
break kaki.
4. Tarik hand brake & freekan gear.
5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning. 
-Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan anda terus dianggap gagal.
-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50%
masuk ke garisan kuning.
6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.

MENURUNI BUKIT
1. Masukkan gear 1.
2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.
3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
4. Lepaskan hand brake.
5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik. 
6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit
Sila klik link di bawah


SIDE PARKING
1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak 
kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit.
2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin
sisi kiri dengan tiang parking lebih kurang 1½ kaki sahaja. 
3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri.
Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada setentang dengan getah hitam
tengah cermin itu.
4. Tekan clutch & masukkan gear reverse.
5. Pusing stereng ke kiri 1 pusingan. 
6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat tayar belakang kanan 
melalui cermin sisi sebelah kanan sehingga tayar sampai ke garisan tepi(putus-putus) 
7. Pusing stereng penuh ke kanan. Undur kereta dan lihat
kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada 1 kaki dari garisan kuning dan
Berhenti.
8. Pusing stereng ke kiri sampai habis dan tukar gear 1 kemudian bergerak perlahan ke 
depan sambil pastikan kereta berada lurus dalam petak parking dan berhenti. 
9. Pusing stereng 2 pusingan ke kanan untuk luruskan tayar, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda
anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan
pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.
10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng penuh ke kiri. Gerakkan kereta
berhati-hati. Lihat tayar belakang sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar
berada 1 kaki dari garisan kuning.
11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus
keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir.
Berhenti dahulu sebaik tayar belakang kanan berada di atas garisan putus-putus. 
12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.
Untuk info:
Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk
dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa
kurang dari 2 minit.
Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:
1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana garisan dalam petak parking & garisan lurus 
luar petak parking. 
2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar
melebihi garisan.
3. Tidak melebihi masa 5 minit. 
4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.
Di bawah ini saya sertakan video step untuk membuat SIDE PARKING:
Sila kliks link di bawah:


PARKING 3 PENJURU
1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak ketiga dalam ujian bahagian 2 
untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak
kereta secara masuk belok.
2. Berhati-hati untuk olahgerak ini untuk memastikan anda boleh
lulus ujian bahagian 2.
3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal
dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.
4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda
wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara
masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak
 ini.
5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking),
anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini.
6. Pandu kereta anda bergerak lurus masuk ke dalam petak tiga penjuru
dan sebaik bahu kanan anda melepasi tiang, berhentikan kereta
anda, kemudian pusing stereng habis ke kanan 
7. Masuk gear reverse dan reverse sampai kereta anda memasuki ruang sebelah kanan 
sambil balas pusingan stereng ke kanan 2 pusingan untuk luruskan kereta. Pastikan 
badan kereta tidak melepasi garisan kuning dan berhenti. Pastikan kereta anda tidak 
bergerak setelah berhenti bagi mengelakkan berlaku LEBIH PERGERAKAN. 
8. Masuk gear 1 dan bergerak keluar sambil pusing stereng ke kiri dan pastikan badan 
kereta tidak melepasi garisan kuning dan berhenti pada garisan keluar. 
Untuk info:
Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada
dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di
pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa
berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula
enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga
keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.
Sila klik link di bawah


SELEKOH Z
Setelah keluar dari petak pusingan tiga penjuru, anda perlu meneruskan ujian 
seterusnya iaitu memandu di selekoh Z. 
Masuk kedalam petak sambil himpit ke sebelah kiri supaya anda mempunyai
ruang kanan yang mencukupi untuk membelok ke kanan. 
Semasa memandu, perhatikan cermin sisi sebelah kanan dan sebaik cermin sisi kanan
melepasi penjuru devider, pusing stereng penuh ke kanan kemudian balas pusingan 
stereng ke kiri 2 pusingan untuk luruskan kereta kemudian perhatikan cermin sisi kiri
sebaik cermin sisi kiri melepasi penjuru devider kiri, pusing stereng ke kiri penuh
untuk membelok ke kiri kemudian balas pusingan stereng 2 pusingan ke kanan
untuk luruskan kereta dan berhenti di garisan penamat. 
PASTIKAN kereta anda tidak melanggar mana-mana devider dan tidak melebihi masa
3 minit.
Sila klik link di bawah


SELEKOH S
Setelah melepasi halangan di selekoh Z, anda perlu meneruskan ujian memandu bahagian 2
anda dengan memasuki halangan terakhir iaitu memandu di selekoh S
halangan ini adalah lebih kurang sama dengan selekoh Z tadi tetapi mungkin lebih
mudah memandangkan bentuk selekohnya yang agak tidak tajam. 
Anda hanya perlu memandu sepanjang laluan berbentuk S sambil mengawal stereng supaya
tidak melanggar devider dan berhenti di garisan penamat serta tidak melebihi masa
3 minit. 
Sila klik link di bawah

.
TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN
RAYA) KELAS D (KERETA)
 
Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata
tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju
berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti
anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
-Betulkan tempat duduk.
-Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan
anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
-Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu
berfungsi.
-Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan
- Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
- Start Ejin.
- Pandang cermin belakang & pandang tepi.
- Minta izin daripada pegawai JPJ  untuk memulakan perjalanan.
-Tekan clutch.
-Masuk gear 1.
-Turunkan hand brek.
-Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
-Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal
ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan
berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan
tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak
keluar.

4) Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang
ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu
di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal
stereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya
di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat
bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti.
Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya 
Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan
untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan
anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan
sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu
tangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih
dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik
‘hand brake’.

9) Memandu ketika di traffic light
- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
- Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak
1 kereta.
- Tarik hand brek & freekan gear.
- 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
- Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
- Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

Nota:
Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku
sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

5)KPP 03( BELAJAR MEMANDU DI JALAN RAYA KERETA ATAU MOTORSIKAL)
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk
L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan.
L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai
sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8
 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih
dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan
belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side
parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan
raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

6) UJIAN PRA ATAU Q.T.I.
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal
J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-
penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda.
Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas
lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.

7) UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian
iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan
anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj
tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar
memandu.

8) LESEN P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah
kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P
tersebut.


TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS B2 (MOTORSIKAL)
Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan 
yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan
sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon
ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan
adalah sama dengan ujian tersebut.
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal,
calon perlu memakai topi keledardengan cara yang betul iaitu kemas.
Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar
itu. Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj
calon perlu melepasi laluan titi 
sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas.
Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk 
mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2.
Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di
atas titi tersebut.
Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi
tersebut. Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui 
antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan
yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan,
jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. Yang terkakhir sekali dalam
bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan
Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang 
yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki
serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya.
Kaki kanan masih di atas brake.selepas itu halangan seterusnya 
Memandu di jalan tidak rata. Anda perlu melalui laluan ini dengan berhati-hati
agar tidak jatuh atau terkeluar dari kawasan laluan ini.. Seterusnya
ialah membuat pusingan 8.
Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan 
gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu
perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya
tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan
kaki ke atas jalan raya. Selepas itu, 
Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian
bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar
terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu
lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan
di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon
sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak
tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan
tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai,
turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki
Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak
markah.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam
menghadapi ujian tersebut. 

No comments:

Post a Comment